Thursday, November 6, 2008

Le Gardenia: Jilid 1


Sinopsis
...

Mengisahkan seorang pelajar bernama Orange yang tinggal bersama-sama kedua ibubapanya. Kenal dengan seorang gadis yang agak "tomboy", Kiwi sejak kecil lagi. Orange jatuh hati dengan gadis comel yang pintar, Apple.

Lemon (buah yang masam+pahit= sesuai dengan karakternya) merupakan watak antagonis dalam novel grafik ini. Dia suka mempermainkan perasaan orang lain dan bencikan orang yang sedang berbahagia. Salah seorang mangsanya ialah Mango, Ketua pasukan bola keranjang. Lemon rasa dirinya terjamin tanpa ancaman sebab datuknya merupakan Pengetua sekolah tersebut. Pelbagai perkara yang berlaku yang membuatkan kita jadi suspen.



Saya kata...


Kalau diberi bintang untuk novel grafik ni, maybe saya boleh beri 4/5. Tak hairanlah kalau Le. Gardenia dapat anugerah dalam Pertandingan Manga Antarabangsa Jepun.
Jalan cerita yang menarik & banyak di luar jangkaan.
Setting yang unik iaitu Ben menggunakan suasana seakan-akan di negara Eropah digabung dengan kehidupan kita di Malaysia. Wow! Idea yang kreatif

No comments: