Thursday, November 6, 2008

Fatal Chaos 4th Attack

Sinopsis
Kuasa dalaman Rex sudah terlepas. Dia hampir berjaya menghapuskan ketua Evil Rabbit tetapi dia sempat melarikan diri. Cleo yang cuba rapat dengan Rex dihalang sepenuhnya oleh abangnya, Leo. Serangan yang dibuat ke arah orang di sekeliling Rex menyebabkan Rex dipinggirkan. Eva kehilangan deria penglihatannya dan Max sudah tidak bermaya untuk berjalan lagi. Insiden yang berlaku ke atas mereka berdua menyebabkan Rex berasa bersalah.
Mujurlah Pakham masih mahu membantunya. Dia dibawa ke sebuah tempat untuk mempelajari ilmu mempertahankan diri dan sekaligus meningkatkan lagi kuasa dalamannya.

Saya kata...


Watak Rex dah berubah..! Kalau dibandingkan dengan Rex pada awal episod, wataknya tidak sama sekali. Dahulunya dia seorang yang sombong dan rasa kuat tapi sekarang dah jadi seorang yang pendiam dan mudah putus asa.
Penyampaian cerita yang menarik dan penghasilan lukisan yang agak "cincai" menhasilkan effect dan impact yang maksima kepada pembaca

le Gardenie: Jilid 3


Sinopsis

Apple dituduh mencuri jam emas datuk Lemon semasa dia menghadiri majlis hari jadi Lemon. Berlaku pergaduhan antara Lemon dengan sepupunya sehingga sepupunya berasa marah. Papan besar jatuh dari siling dewan menyebabkan Orange dan Lemon cedera parah dan terpaksa dimasukkan ke hospital
Hubungan Orange dan Apple semakin rapat dan Kiwi sudah menghilangkan diri. Lemon pula yang masih cuba untuk mendekati Orange langsung tidak menarik perhatiannya. Masalah timbul apabila dia berasa serba salah kerana Kiwi meninggalkannya, adakah Lemon seorang gadis yang baik atau tak, dan adakah Apple benar-benar sukakannya...?



Saya kata...

Maybe ni kisah benar tapi diubah sedikit. Banyak cerita pasal persahabatan dan yang paling menarik ialah bila situasi yang pernah kita hadapi berlaku dalam novel grafik yang pernah kita baca..

Le Gardenia: Jilid 1


Sinopsis
...

Mengisahkan seorang pelajar bernama Orange yang tinggal bersama-sama kedua ibubapanya. Kenal dengan seorang gadis yang agak "tomboy", Kiwi sejak kecil lagi. Orange jatuh hati dengan gadis comel yang pintar, Apple.

Lemon (buah yang masam+pahit= sesuai dengan karakternya) merupakan watak antagonis dalam novel grafik ini. Dia suka mempermainkan perasaan orang lain dan bencikan orang yang sedang berbahagia. Salah seorang mangsanya ialah Mango, Ketua pasukan bola keranjang. Lemon rasa dirinya terjamin tanpa ancaman sebab datuknya merupakan Pengetua sekolah tersebut. Pelbagai perkara yang berlaku yang membuatkan kita jadi suspen.



Saya kata...


Kalau diberi bintang untuk novel grafik ni, maybe saya boleh beri 4/5. Tak hairanlah kalau Le. Gardenia dapat anugerah dalam Pertandingan Manga Antarabangsa Jepun.
Jalan cerita yang menarik & banyak di luar jangkaan.
Setting yang unik iaitu Ben menggunakan suasana seakan-akan di negara Eropah digabung dengan kehidupan kita di Malaysia. Wow! Idea yang kreatif